Khamis, 1 Julai 2010

FORUM : ISRA' & MI'RAJ (اسراء والمعراج)


DARI KIRI US HAFIZ MUSTAFA LUBIS (YDP ABIM KEDAH),
US ABU KHAIR AYUB (AJK PUK) US YUSUF MAHMUD (YDP PUK)



AHLI JAMAAH MASJID AL-MUTTAQIN TMN RIA


SUNGAI PETANI - Persatuan Ulama Kedah (PUK) telah mengadakan majlis Forum Ehwal Islam sempena sambutan Isra' dan Mi'raj dengan kerjasama Masjid Al-Muttaqin Taman Ria Sungai Petani, Kedah. Ahli panel forum terdiri daripada Ustaz Hafiz Haji Mustafa Lubis YDP ABIM Kedah yang bertugas sebagai pendaftar Maahad Tarbiah Islamiah (MTI) Derang, Ustaz Abu Khair Ayub As Syami, AJK PUK, bertugas sebagai Mudir Marhalah Thanawiyah (Menengah), Ustaz Yusuf Mahmud YDP PUK.




Isnin, 28 Jun 2010

SELAMATKAN ZURIAT KITA

YAHUDI GUNA 5F UNTUK HANCURKAN ISLAM

Yahudi guna 5F untuk hancurkan Islam

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” (Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat: 120)

Mereka (Yahudi) akan merasa puas hati jika ada di kalangan selain mereka khususnya orang-orang Islam tergelincir daripada kebenaran Islam, sekurang-kurangnya mereka boleh mendabik dada bahawa bukan Yahudi sahaja yang masuk neraka, orang-orang Islam juga turut masuk neraka. Inilah kejayaan yang besar buat mereka kerana berjaya memesongkan umat Muhammad.


F pertama ialah filem

Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja.

Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti Akhirat, Gubra, Mukhsin, Sepet, Anak Halal, KL Menjerit dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah, sihir dan yang boleh menggugat akidah.


F kedua ialah family

Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup bebas, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati berdansa.

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut denagn sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.


F ketiga ialah fashion

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.


F keempat ialah fun

Dimana-mana kita akan dapat hiburan yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan, termasuklah majalah mangga yang menayangkan buah mangga artis perempuan. Kalau ada konsert, sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert, pelbagai maksiat akan diselit masuk.


F kelima ialah food

Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seuruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McCdonald dan lain-lain.

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara... .YAHUDI

1.. SONG... ..Lagu-lagu yang menghiburkan... .

Jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Indonesia yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah... .tapi boleh mengingati lagu Elyana yang panjangnya berdepa depa... ..berjaya sudah Yahudi... .Hingga kita terfikir... ..bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ..SEX ... ..Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua... Sex dimana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah..kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah... ...

3. ..SMOKE... .Rokok..menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja.....ataupun penari kabaret... .

( aku tengok dari filem P Ramlee )... .Syabas yahudi... berjaya lagi kamu... .

4. .SPORT....pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga... Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss... .bukan yang bermain sahaja tak sembahyang... yang menonton pun tak sembahyang juga... .Kalau menonton dirumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL... .

Yahudi gol lagi... ... sampai ada ulamak kata... kerana sukan..sembahyang boleh tangguh... Mashaallah,..

5. .. FUN... hiburan... dimana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan....Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis perempuan... . Kalau ada konsert... .sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert... .pelbagai maksiat akan diselit masuk... .

Yahudi terhibur lagi... .

6... . FEMALE... .Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta... dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...

Yahudi bersorak lagi... ..

7... FASHION... .Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat... .Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan... .Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut di warnakan... sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi... .Umat islam sudah jadi macam Yahudi... .

8. .. FOOD..Makanan... lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah MC D, Kentucky, Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina... .masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan... Bila makanan datang dari Barat..adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky..rempahnya datang dari Amerika... .siapa nak pergi check... halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...

Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi... Nauzubillah... ..Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10... ... yang lain-lain entah macam-macam lagi... .

Sabtu, 26 Jun 2010

Khamis, 24 Jun 2010

PELEKAT KALIMAH ALLAH كلمة الله




Pelekat Kereta Kalimah ALLAH 'Katakanlah Allah itu Esa, Tiada Punya Anak & Tidak Diperanakkan. Berminat untuk membeli atau mengedar? sila hubungi Arif 0135045377 atau boleh hubungi Ustaz Kamaruddin Kassim ditalian : 019-4782708 / 019-5228422

Selasa, 1 Jun 2010

Kenyataan Media: Serangan Ke Atas Rombongan Bantuan Ke Palestin

Segala pujian bagi Allah yang mengangkat langit tanpa tiang dan menghampar bumi luas terbentang, selawat dan salam kepada junjungan, pembawa rahmat ke seluruh alam, kepada keluarganya, para sahabat yang berjanji setia,para pejuang pewaris mereka hinggalah kepenghujung dunia.

PUK ingin merakamkan penghormatan tinggi kepada saudara-saudara kita yang menyertai rombongan bantuan kemanusiaan ke Gazzah dan inisiatif semua NGO yang menjadikan al-Aqsa sebagai tempat tumpahnya suara hati mereka. Walaupun kafilah ini dihalang tetapi saudara-saudara telah melaksanakan wasiat junjungan besar nabi Muhammad saw. yang sangat sangat berharap agar umat Islam berusaha menjejaki tempat isra’nya itu.
Marilah kita yakin bahawa amal salih dan niat ikhlas mereka telah diterima oleh Allah swt. Sehingga diangkat sebahagian daripada mereka sebagai syuhada’. Kalungan tahniah kepada shuhada ummah ini dan kepada mereka yang cedera, moga Allah memberi kesembuhan yang segera dan pembebasan daripada penjara yahudi laknatullah. Sesungguhnya umat ini sedang menanti kepulangan mereka.

Adapun mereka yang gugur, gugurnya adalah di jalan Allah, di pinggiran Baitul Maqdis. Gugurnya di lautan adalah dua kali ganda kemuliaannya di sisi Allah, daripada gugur syahid di daratan, kerana menghadapi ketakutan di lautan luas dan kegelapannya adalah berganda berbanding di daratan. Kemuliaan menjadi shuhada adalah idaman hati setiap orang yang beriman. Ya Allah, hidupkanlah kami sebagai umat yang mulia dan matikanlah kami sebagai syuhada’. Adapun orang yang beranggapan, mati bertarung tanpa senjata adalah satu sesalan. Mereka hendaklah melihat hakikat bahawa iman di dada mukmin menjadikan mereka gagah walaupun dengan dengan tulang empat kerat. Sementara mereka yang lengkap bersenjata tetapi tiada iman di dada hanya terkebil-kebil matanya tanpa suara.

Peristiwa ini menyerlahkan sifat yahudi-pembunuh nabi-nabi dan rasul-rasul itu- yang ganas tidak berperi kemanusiaan dan hauskan darah, Mereka melanggar semua garis merah undang-undang dan nilai kemanusiaan. Justeru itu tidak menghairankan jika bukan sahaja manusia, malah batu dan pokok juga menunjukkan kebencian yang meluap-luap terhadap bangsa yahudi, sehingga mereka memberitahu di mana sahaja yahudi bersembunyi sepertimana tertera di dalam janji sahih dari Rasulullah saw.
Peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran berguna kepada sesiapa sahaja yang mahu menjalin hubungan dengan yahudi- suatu bangsa yang tidak dapat dipercayai samasekali. Jika eropah yang banyak berjasa kepada yahudi lebih-lebih lagi dalam isu Palestin, tetapi jasa itu tidak menjadi penghalang untuk Yahudi membunuh warganya walaupun ia bersatus ahli parlimen.

Peristiwa ini menambahkan lagi keyakinan kepada umat Islam bahawa mereka tiada pilihan kedua. Mereka telah mencuba berbagai pendekatan dan akhirnya tiada pilihan yang dapat difahami oleh yahudi melainkan bahasa kekuatan. Golongan yang menyalahkan umat Islam kerana bertindak menentang yahudi seharusnya mendapat pelajaran daripada peristiwa ini. Menuduh umat Islam sebagai pengganas untuk mendapat perhatian dan restu yahudi adalah satu kesilapan besar. Melaksanakan agenda yahudi dengan harapan yahudi akan memberi keamanan, adalah satu fatamorgana. Yahudi tidak redha selama-lamanya kepada Islam dan umatnya.

Pembunuhan ini adalah penghinaan kepada Negara-negara Islam seluruhnya, Israel menganggap pemimpin Negara Islam seperti pengemis yang tak punya maruah dan anjing yang boleh diludah. Adakah Israel mempunyai sedikit rasa hormat kepada 40 Negara yang diwakili oleh flotilla ini?

Mesir dan Saudi adalah dua Negara Islam yang besar dan mampu menurunkan keegoan Israel Jika mereka mahu melakukannya. Tetapi mereka memilih untuk mengabdikan diri seperti himar kepada Israel. Adapun Malaysia hanyalah sebuah Negara kecil yang tidak dapat berbuat apa-apa, memadailah jika ia sanggup menamatkan kontrak Apco.

Jumaat, 21 Mei 2010

STRATEGI PENCEGAHAN GEJALA SOSIAL MASYARAKAT DAN PERANAN MASJID

التوبة : 18
“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka terdiri dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.”


Pendahuluan.

Sebelum sebarang langkah untuk merumuskan pendekatan dan pencegahan yang berkesan dalam menyantuni masyarakat khususnya golongan belia dan remaja, kepimpinan masjid harus meneliti kedudukan mereka secara mendalam serta situasi dan kondisi mereka yang sedia ada. Beberapa pengamatan dapat dinyatakan dalam hal ini iaitu;

1. Wujudnya tanggapan bahawa masjid hanya sesuai untuk pesara atau orang-orang tua.

2. Struktur kepimpinan masjid tidak memberi ruang dan peluang penyertaan anak muda secara langsung dalam pembangunan masjid.

3. Masjid tidak dikembangkan untuk memberi perhatian kepada permasalahan belia dan remaja.

4. Kegiatan masjid sangat cenderung kepada memenuhi keperluan orang-orang dewasa dan tua sahaja.

5. Belia dan remaja tidak terbimbing dalam aktiviti yang sesuai untuk mendekatkan diri mereka kepada masjid.


Dalam analisis khidmat tersebut umumnya masjid tidak mengembangkan aktivitinya untuk melihat persoalan-persoalan masyarakat dengan lebih luas seperti:

1. Pendidikan kekeluargaan.
2. Pembangunan belia dan remaja.
3. Pegurusan kebajikan golongan tidak bernasib baik.
4. Kecemerlangan persekolahan anak-anak.
5. Masalah-masalah keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat.
6. Pembangunan rakyat termiskin.
7. Kemudahan membaca.
8. Pengukuhan ekonomi anak kariah.
9. Peningkatan kualiti dan taraf hidup anak kariah.
10. Pengindahan kawasan kariah.
11. Pendidikan dewasa.
12. Pusat pendidikan kanak-kanak.
13. Pendidikan kaum wanita.
14. Khidmat kaunseling remaja.
15. Pembangunan kesihatan anak kariah.
16. Bimbingan kerjaya belia.
17. Pembangunan sumber tempatan.
18. Khidmat penyebaran maklumat semasa.
19. Khidmat pusat musyawarah anak kariah
20. Khidmat bantuan perbelanjaan persekolahan
21. Khidmat pusat pembangunan kepimpinan masyarakat
22. Khidmat penyelesaian konflik komuniti
23. Khidmat nasihat persediaan perkahwinan
24. Khidmat pusat bantuan kecemasan
25. Khidmat membangun organisasi masyarakat setempat.
26. Pusat kaunseling pekerja industri.

Semua aspek tersebut adalah bidang dan medan kerja kepimpinan masjid yang boleh benar-benar menjadikan masjid sebagai Pusat Pembangunan dan Kemajuan Masyarakat yang sebenar.

Persoalan-persoalan dan masalah-masalah yang kini sedang berlaku di dalam masyarakat memerlukan perubahan paradigma yang besar dalam gerakkerja masjid. Hanya melalui keperihatinan dari masjid sahajalah akan menempatkan fungsi masjid ditengah-tengah hati nuraini komuniti lingkungannya. Keperihatinan kepimpinan masjid terhadap keperluan komuniti sekitarnyalah akan menambat masyarakat untuk mendampingi masjid dalam semua hal ehwal kehidupan mereka.

Dari pengamatan di atas natijah yang berlaku ialah kelompok belia dan remaja kian menjarak dari masjid. Dengan demikian, keberkaitan hidup anak muda dengan masjid tidak berlaku dan pembinaan tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Akhirnya mereka akan terlibat dan terjebak dalam aktiviti-aktiviti maksiat dan munkarat.

Pihak kami sedang meneliti fenomena ini dengan insaf bahawa suatu pendekatan yang berkesan perlu dirumus dan diimplementasikan. Namun begitu beberapa prasyarakat perlu dipenuhi sebagai upaya untuk memastikan pendekatan yang diambil akan berkesan;


a. Keterbukaan kepimpinan masjid.

Iaitu perlu ada keterbukaan yang membenarkan serta memberi keyakinan kepada belia dan remaja bahawa penglibatan mereka amat perlu dan penting. Keterbukaan ini akan membenarkan belia dan remaja diberi peluang turut serta dalam merancang serta melaksanakan aktiviti yang sesuai dan berciri ‘kebeliaan’ dan ‘kepemudaan’.

b. Melibatkan belia dan remaja dalam struktur jawatankuasa kariah.

Jawatankuasa kariah perlu menyemak kemungkinan untuk memastikan penyertaan belia dan remaja secara formal dalam menentukan ‘kerusi’ kepada belia dan remaja dalam jawatankuasa kariah perlu didahulukan sebagai laluan untuk menarik minat kehadiran dan penyertaan mereka.

c. Aktiviti masjid perlu mewujudkan hubungan dengan belia.

Kehadiran belia dan remaja akan hanya terjamin jika aktiviti yang dilaksanakan ‘berkait’, ‘berkenaan’ dan ‘bersesuaian’ dengan keperluan belia dan remaja. Justeru itu, pihak masjid perlu menggiatkan aktiviti yang secocok dan cukup merangsang minat mereka.


PENDEKATAN

Pendekatan masjid untuk menjangkau kelompok belia dan remaja sememangnya tidak mudah. Kesedaran dan komitmen dari kepimpinan masjid perlu dicetuskan secara tulen untuk menghulurkan tangan kasih serta ‘harapan keyakinan’ bahawa anak-anak muda memang boleh dididik. Sesungguhnya kita perlu membuktikan dedikasi masa, tenaga dan upaya kita untuk membangunkan mereka.

Bagaimanapun pendekatan kita tetap diterjemahkan berdasarkan beberapa asas hubungan kita dengan mereka iaitu;


1. Hubungan Nasihat.

Kelompok anak muda perlu diberikan dengan nasihat-nasihat yang ‘bernas’, ‘tepat’ dan ‘padat’. Apa yang perlu dielakkan ialah leteran yang boleh menimbulkan kebosanan. Kepimpinan masjid harus membina hubungan nasihat dengan kelompok belia dan remaja ini agar mereka tidak jemu datang ke masjid.


2. Hubungan Teladan.

Hubungan teladan ini menjadi penentu kepada kepercayaan anak muda terhadap kepimpinan masjid. Tingkahlaku, percakapan, pengurusan, disiplin, kejujuran dan kesungguhan barisan kepimpinan masjid akan terus menjadi perhatian anak muda. Ketelusan keperibadian kepimpinan masjid sering dituntut agar menyakinkan anak muda untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan pengimarahan masjid.


3. Hubungan Kasih Sayang.

Masjid harus dirasakan sebagai ‘ibu’ kepada masyarakat amnya dan anak muda khususnya. Hubungan yang membina perasaan kasih sayang bukan benci, sayang bukan herdik, lembut bukan kasar, membelai bukan mengutuk dan memujuk bukan menyerang, perlu disuburkan antara anak muda dengan kepimpinan masjid.


4. Hubungan Membimbing.

Masjid harus dirasakan sebagai pusat kaunseling yang berkesan bagi menyantuni alam kebeliaan dan keremajaan. Membimbing dengan aktiviti yang melengkapkan diri mereka dengan wawasan dan gagasan hidup yang tertib dan teratur akan lebih menambat hati nuraini mereka dengan masjid.

Berasaskan hubungan-hubungan ini, pendekatan berikut dicadangkan untuk digunapakai;


a. Bina Keilmuan Belia dan Remaja

Keilmuan amat asasi dalam pembinaan kelompok belia dan remaja. Penekanan yang wajar kepada kegiatan-kegiatan belia dan remaja yang berteraskan kefahaman dan penghayatan ilmu-ilmu Islam adalah pendekatan yang perlu diutamakan.

Dalam hal ini, penekanan ilmu agama yang asas bagi melengkapkan belia dan remaja dengan pengetahuan fardhu ain adalah penting dengan tidak pula mengabaikan kelilmuan mereka mengenai hal-hal fardu kifayah.

b. Bina Keperibadian Belia.

Masjid setepatnya berperanan untuk membina sahsiah yang luhur di dalam masyarakat. Kekuatan sahsiah adalah benteng bagi menangkis krisis moral yang melanda dan membarah di kalangan masyarakat masa kini.

Dengan yang demikian, pendekatan membina keperibadian belia dan remaja juga merupakan teras dalam menjayakan pembangunan masjid. Belia dan remaja yang dibangunkan kemurnian akhlaknya akan menjadi harapan kepada perkembangan masyarakat yang berpedoman, murni dan harmonis.


Isi pembinaan sahsiah juga harus menjurus kepada;

1. Pembentukan matlamat hidup.
2. Penegasan harga hidup.
3. Penekanan kesucian hidup.


c. Bina Kepimpinan Belia dan Remaja.

Aspek kepimpinan adalah kemuncak pembinaan yang perlu dicapai oleh masjid dalam menggerakkan kelompok belia dan remaja.

Pembinaan kepimpinan belia dan remaja memerlukan kebijaksanaan yang tepat dari pendokong masjid agar tidak berlaku kepincangan dan kebuntuan dalam membangun pelapis.

Masjid perlu membuat tapisan yang tepat agar dapat mewujudkan kelompok terpilih dari kalangan belia dan remaja bagi menjalani latihan yang ada kaitan dengan kefahaman, kemahiran dan kecekapan kepimpinan. Yang demikian hal ehwal pengurusan masjid perlu dijadikan sukatan latihan untuk belia dan remaja, disamping aspek lain termasuk penyampaian khutbah, memimpin majlis, merancang aktiviti, keceriaan, kebersihan, kursus smart solat serta mengendalikan urusan kewangan masjid.


KEMAHIRAN

Kemahiran untuk mengandalikan organisasi masjid adalah kecekapan dalam merancang, mengimplementasi, memantau dan menggerakkan susulan untuk mencapai keberkesanan maksima ketika menggerak sebarang tugas yang dilaksanakan untuk menghasilkan impak yang dihajati oleh organisasi masjid untuk memberi khidmat kepada masyarakat.


KEMAHIRAN melibatkan:

• Ketelitian.
• Keterperincian.
• Kerapian.
• Kekemasan.
• Ketekunan.
• Kecemerlangan.


KEMAHIRAN adalah berasaskan:

• Keilmuan.
• Informasi terkini.
• Teknologi berkesan.
• Pertimbangan dan perhitungan yang teliti.



PENUTUP

Pendektan yang berkesan hanya dapat direalisasikan melalui kesungguhan dan kerapian pihak Jawatankuasa Kariah Masjid. Pembangunan belia dan remaja adalah rukun kepada kesinambungan budaya dan tamadun ummah (كنتم خيرأمة) yang hendak dibina. Matlamat tetap sama, walaupun kaedah dan pendekatan mungkin berlaian antara satu kariah dengan kariah yang lain.

Rabu, 12 Mei 2010

KONSEP DA’WAH BERSEPADU

Sudah sampai masanya peranan Ulama’ dan Da’i diperkasakan yang tidak hanya tertumpu pada pengajian khusus di masjid-masjid, surau-surau dan dalam bilik-bilik kuliah sahaja. Namun harus berintegrasi dengan semua hal dan beraksi secara internal dan external. Kami berharap, konsep-konsep da’wah ini dapat memberikan pencerahan terhadap semua aktivis da’wah. Kami juga berharap agar konsep-konsep dakwah bersepadu dapat difahami, direnugkan dan bahkan dapat dipraktikkan sehingga mampu memberikan kontribusi yang signifikan terhadap da’wah. Kami juga berharap, kita semua akan menjadi aktivis da’wah yang menyeru kepada agama Allah (دين الله) dengan konsep yang diingini oleh Allah dan RasulNya.

Urusan da'wah memerlukan konsep yang cemerlang dan metode serta media yang baik. Harus diingat, adakah ianya sesuatu yang lebih agung dibandingkan dengan seruan kepada Allah?. Apakah ada sesuatu yang lebih pantas untuk diiukti oleh seorang yang beriman dibandingkan rombongan para Nabi dan Rasul serta kafilah para aktivis da'wah dan para reformis da'wah?.

Firman Allah s.w.t. Dalam Surah Fushshilat, Ayat 33 bermaksud:

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal salih dan berkata, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”.

Da'wah Islam ini dimaknai sebagai seruan kepada seluruh lapisan masyarakat dari berbagai agama untuk memeluk Islam baik secara aqidah, syariat, maupun aturan hidup. Da'wah Islam bukanlah seperti yang disalahfahami oleh sebagian orang, yang beranggapan da'wah adalah sesuatu tugas sampingan yang menyeru untuk kepentingan kelompok tertentu atau kepentingan seseorang.

Da'wah Islam tidak hanya untuk kepentingan organisasi, kelompok dan seumpamanya, melainkan untuk seluruh umat manusia di buka bumi ini.

Pemahaman terhadap konsep-konsep da'wah adalah sesuatu yang kompleks, jauh lebih kompleks dibandingkan dengan sekadar mekanisme, metode, dan media da'wah saja. Kita perlu membahas “konsep-konsep da'wah” yang mencakupi tinjauan dari pelbagai segi.

1. Konsep da'wah dari segi aqidah.
2. Konsep da'wah dari segi ibadah.
3. Konsep da'wah dari segi asas-asas dan dan sumber-sumber da'wah.
4. Konsep da'wah dari segi penyelesaian berbagai rintangan dan problematika di jalan da'wah.
5. Konsep da'wah secara umum.

Konsep-konsep tersebut tidak dapat dirumuskan dengan baik kecuali diambil dan dihayati dari Al-Quran, Sunnah dan ajaran Rasulullah s.a.w., serta selaras dengan perilaku khulafaa'-urasyidin, para ulama' dan para aktivis da'wah yang mengikuti sunnah dan petunjuk mereka.

Konsep-konsep ini tidak akan terwujud tanpa kemampuan memahami realiti yang terjadi dalam masyarakat dan merenungkan kondisi-kondisi objek da'wah Islam sekarang ini. Jika tidak begitu, da'wah tak ubahnya seperti masuk ke dalam rumah tanpa melewati pintu yang semestinya! Bagai meletak barang tidak pada tempatnya. Akibatnya sang aktivis da'wah tidak akan berlaku baik meskipun sebenarnya ia menginginkan kebaikan. Justeru itu akan membuat orang lari jauh meninggalkan kita pada hal kita ingin mengajak orang senang kepada da'wahnya.

Oleh itu kerana itu, yang paling mendasar ialah seorang aktivis da'wah harus memiliki wawasan yang luas tentang urusan agama dan da'wahnya, kemudian mengetahui kondisi realiti masyarakat sekitarnya, sebagaimana dua syarat pokok utama untuk memperolehi kesuksesan da'wah di hadapan Allah, iaitu;

1. Ikhlas berda'wah kerana Allah.
2. Tepat dan strategi dalam mekanisma serta metodenya.

Dua syarat ini merupakan kunci kesuksesan da’wah dan syarat penerimaannya di hadapan Allah. Dengan itulah, ia akan mendapatkan Rahmat dan Keridhaan Allah serta akan diampuni dosa-dosanya. Kelayakan untuk diterimanya amalan dan menuai hasil komitmen awal yang dilakukan tersebut sesuai dengan apa yang telah difirman oleh Allah, surah Al-Ahzab, 70-71 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang Yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan Katakanlah perkataan Yang tepat - benar (dalam Segala perkara),”

“Supaya ia memberi taufiq Dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah) sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.”

Sesungguhnya sudah menjadi kewajiban bagi aktivis da’wah apabila kehilangan semangat dalam da’wahnya dan mengalami kegagalan dalam metode atau media perantaranya, lalu masyarakat tidak menerimanya, maka sebelum menyatakan keputusannya terhadap masyarakat dan menyalahkan mereka, sudah seharusnya ia mengembalikan semua hal kepada dirinya dan bermuhasabah perihal ketaqwaan dan keikhlasan diri. Lantaran itu hendaklah ia meneliti kembali mekanisme, metode, dan media yang ia gunakan, agar nanti apa yang ia lakukan selaras dengan syariat dan berada dalam ruang lingkup kebenaran. Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Asy-Syura, ayat 30 yang bermaksud:

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka hal itu disebabkan oleh perbuatan-perbuatan tangan kalian sendiri sedangkan Allah itu memaafkan sebagai besar (dari kesalahan-kesalahan itu).”

Isnin, 27 April 2009

Kenyataan Media: Isu Kanak-kanak Kekal Agama Asal

Berhubung keputusan Kabinet yang membenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.
PUK ingin menyatakan rasa kesal, dukacita dan kecewa di atas keputusan tersebut. Keputusan kabinet itu juga melukakan hati NGO-NGO Islam yang bertungkus-lumus melaksanakan tugas dakwah dengan susah-payahnya demi secebis sinar hidayah. Apakah kabinet baru ini gersang dan kontang hati sanubarinya? Apakah mereka tidak ingin cahaya hidayah dinikmati oleh rakyatnya? Ataupun mereka tidak pasti apakah agama ini sama sahaja dengan agama lain yang tidak mempunyai substance dalam legasi kebenarannya.

PUK dengan tegas menyatakan bantahan terhadap keputusan tersebut kerana:

1.Ia bertentangan dengan nas al-Qur’an yang jelas menyatakan ibubapa wajib memastikan apakah agama yang dianuti oleh anak mereka. Keputusan ini menafikan tanggungjawab keibubapaan bagi golongan saudara baru dan menjadikan mereka kecewa serta dalam dilema yang tiada penghujung.
2. Ia bertentangan dengan nas Hadis yang jelas menyatakan anak-anak kecil dalam keadaan fitrah yakni Islam. Ibu bapa dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam pembentukan peribadi mereka.
3. Ia bertentangan dengan sirah Rasul saw. di mana Rasulullah saw. menerima dan mengiktiraf keislaman Saidina Ali r.a. sedangkan beliau ketika itu seorang kanak-kanak.
4. Ia bertentangan dengan naluri manusia yang bersih yang sentiasa mencari kebenaran.
5. Ia tidak menyelesaikan masalah masyarakat bahkan merumitkan lagi keadaan dan menjadikan anak-anak terumbang-ambing tanpa bimbingan.
6. Ia membuka ruang kepada golongan yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menangguk di air keruh.
7. Ia seolah-olah menyatakan Islam tidak harus di tawarkan kepada kanak-kanak dan tidak bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia.
8. Ia bertentangan dengan kenyataan PM yang mahu Islam dimartabatkan dalam era baru pemerintahannya.
9. Ia bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang memberi hak eksklusif kepada Islam sebagai agama rasmi untuk disebarkan. Sedangkan keputusan kabinet itu telah meletakkan halangan psikologi yang besar untuk seseorang memeluk Islam.
10.Ia bertentangan dengan arus kesedaran yang berlaku di seluruh dunia pada hari ini yang melihat Islam satu-satunya harapan untuk menyelamatkan manusia setelah kegagalan ideology-idelogy moden. Umum mengetahui bahawa ideology-ideology inilah yang menguasai dunia dan menggantikan peranan agama-agama semenjak revolusi industri pada abad ke19.

Oleh itu PUK meminta agar:
1. Kabinet mengkaji semula keputusan tersebut.
2. Kabinet tidak membelakangkan majlis-raja-raja Melayu yang menjadi penaung kepada agama Islam di Malaysia.
3. PUK menyokong kuat kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brigedier General (B) Dato’ Jamil Khir Baharom yang mahukan perkara ini dirujuk kepada forum yang berautoriti dalam hal ehwal agama seperti Mesyuarat Mufti-mufti.

Akhirnya PUK juga bersedia untuk berbincang dengan mana-mana pihak yang merasakan Islam telah berlaku tidak adil dalam konteksnya terhadap mereka atau merasa bahawa Islam tidak menjadi rahmat kepada kehidupan mereka, atau merasakan bahawa Islam sama sahaja dengan agama-agama lain yang tidak mempunyai substance terhadap legasi kebenarannya sebagai agama Allah dimukabumi ini.