Isnin, 8 April 2013

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN ULAMA KEDAH BERKAITAN PRU KE13









الحمد لله الذي بيده ملكوت كل شيئ وهو يجير ولا يجار عليه والصلاة والسلام على المصطفى الأخيار وآله الأطهار وأصحابه المختار وأتباعه الأبرار.

PUK ingin menegaskan bahawa di antara tanda keagungan Ilahi dan bukti kekuasaan kerajaan langit ialah berkuasanya Allah swt. menggantikan mana-mana kerajaan yang dikehendakinya. Sama sahaja seperti Allah menggantikan siang dengan malam dan matahari dengan bulan. Kerajaan adalah lambang kekuasaan. Apabila Allah ingin menzahirkan kekuasaan dan kebesaranNya maka ia menukar sesuatu yang paling berkuasa di mata manusia, agar manusia dapat merasai betapa hebatnya kekuasaan Allah sehinggga semua kuasa berada dibawah telapak kekuasaanNya yang esa. Dialah Allah yang sebenarnya melindungi  sesuatu bangsa dan umat walaupun kerajaan bertukar-ganti. Demikianlah keyakinan yang wajar tertanam di dada umat Islam terutamanya tok-tok guru tuan-tuan kadi, imam-imam serta para agamawan seluruhnya.

PUK ingin mengingatkan umat  Islam bahawa setiap kerajaan di atas mukabumi telah ditetapkan ajalnya oleh Allah, walau betapa sayangnya kita kepada sesebuah kerajaan itu, ia tetap akan pergi jua. marilah kita menerima dengan redha pemergian sesebuah kerajaan yang ditaqdirkan pergi dan berusaha menggantikannya dengan yang lebih baik. Berapa banyak kerajaan diambil oleh Allah bila tiba ajalnya. Kerajaan khilafah arrasyidin adalah khilafah yang terbaik tetapi ia berakhir jua. Kemudian satu persatu kerajaan datang dan pergi silih berganti.

Ketika umat islam tertanya tanya apakah pendirian PUK dalam isu pilihanraya yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Apakah wajar PUK menjadi pemerhati sahaja melihat umat yang bergelut untuk melakar masa depan mereka. hingga timbul isu perpecahan, terancamnya agama  dan juga hilangnya bangsa. PUK tidak wajar bersikap sedemikian dan tidak wajar juga bersikap bias semata-mata menurut sentimen politik kepartian. PUK hendaklah berada bersama kepentingan agama dan umat keseluruhannya. justeru itu setelah mengamati dengan teliti perkembangan semasa dan kepentingan umat Islam maka PUK mengambil pendirian berikut:
  1. PUK menyeru umat islam berpolitik dengan akhlak yang tinggi sebagaimana akhlak para nabi iaitu menjunjung kebenaran (siddiq), melaksanakan amanah, menyampaikan fakta (tabligh) dan bertindak dengan bijaksana (fatanah), serta menolak budaya samseng, menyalahguna hartabenda negara dan menyebar fitnah.

  1. Menyokong pendirian Dewan Ulama Pas Kedah untuk bersama mengekalkan kepimpinan kerajaan negeri Kedah yang sedia ada. Sikap ini bukan berdasar kecenderungan politik kepartian tetapi setelah menilai situasi semasa dan (tanzil nas ala al-waqi’) iaitu menurunkan nas nas syarie ke dalam realiti. Mengamati (maslahah) kepentingan ummah yang ditekankan di dalam kaedah feqah siyasi.

  1. Hasrat kepimpinan kerajaan negeri sekarang untuk menjadikan negeri ini baldah tayyibah atau negara kebajikan yang mendapat keampunan Tuhan, adalah selari dengan perjuangan para nabi dan rasul, walaupun diakui masih wujud kelemahan daripada aspek pelaksanaan tetapi dari pemerhatian PUK dasarnya masih kekal bertepatan dengan syarak

  1. Tidak ada tindakan yang diluluskan oleh kerajaan negeri yang boleh dikategorikan sebagai dosa besar atau perkara yang melucutkan kelayakan (salahiyyah) seseorang pemimpin Islam sebagaimana yang digariskan oleh para fuqaha kenegaraan Islam.
  2. Gaya kepimpinan seseorang pemimpin walaupun kurang disenangi ramai, bukanlah alasan syarie untuk menolak kepimpinannya selagi ia tidak menzahirkan maksiat secara terang terangan.
  3. Para ulama muktabar menyarankan umat Islam bersabar dalam menghadapi situasi di atas sehingga Allah mendatangkan kelegaan kepada mereka.
  4. Para ulama bebas berijtihad dalam pandangan politik mereka tetapi hendaklah mengemukakan asas syarie yang kukuh dan pandangan para ulama yang muktabar untuk menyokong pandangan mereka agar umat tidak keliru serta mudah untuk mereka memahami sesuatu isu.
  5. Para ulama hendaklah menjauhi fitnah kebendaan dan kilauan dunia yang menggoda, agar mereka dapat menjadi bintang yang bersinar memandu umat kepada kebenaran. Jauhilah daripada menjadi penyebar budaya lucah dan fitnah dengan alasan alasan yang tidak syarie. Lebih baik bagi para ilmuan itu mengemukakan gagasan ilmunya daripada menyebarkan fitnah yang telah cuba dibuktikan secara bersungguh-sungguh selama 14 tahun tetapi tetap gagal dengan kehendak yang maha Esa.

عن ابي تميم الداري عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: الدين النصيحة قالوا لمن، قال: لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
Syeikh Yusuf Mahmud YDP PUK

Ahad, 4 Julai 2010

Wanita Berbonggol UNTA!


Wanita Berbonggol UNTA!

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.


1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.


3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.


5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at-syari’at tertentu di dalam agama dan
kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.


8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)


“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
(al-A’raaf 7: 26)

Khamis, 1 Julai 2010

KONSEP DAKWAH BERSEPADU DAN GERAKERJA PENGGEMBELINGAN

ORGANISASI MASYARAKAT – SATU PENGALAMAN

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين وبه نستعين والعاقبة للمتقين ولاعدوان الا على الظالمين والصلاة والسلام على أشرف المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعيين

Latar Belakang – Cerita Kelesuan

Banyak oraganisasi masyarakat seperti Masjid, Suaru, Jawatankuasa Penduduk, NGO-NGO Islam dan sebagainya sering merungut dan bersunggut betapa lesunya mereka. Kelesuan tersebut berasaskan kepada kurangnya penampilan kepimpimpinan organisasi mereka, terbatasnya pergerakan organisasi mereka, kurangnya penyertaan ahli-ahli mereka dalam aktiviti yang dianjurkan, suramnya pengurusan pejabat organisasi, hilangnya rasa hormat mesyarakat kepada organisasi mereka yang membawa kepada kekeliruan ahli-ahli terhadap hala tuju organisasi dan masyarakat pula mempersoalkan kerelevanan organisasi tersebut dan kemana perginya barisan kepimpinan yang telah diamanahkan serta untuk apa mereka memegang jawatan tersebut?.

Bukan organisasi itu tidak ada aktiviti untuk dijalankan. Banyak sekali aktiviti tetapi ia tidak membawa organisasi itu ke mana-mana. Dari mesyuarat, segala macam bengkel, kursus hinggalah kepada aktiviti rekreasi dan riadhah, semuanya itu telah cuba dilakukan tetapi ia tidak membuahkan hasil. Ahli-ahli terus keliru manakala kepimpinan terus bersungut lalu masing-masing saling tuding menuding.

Dari segi bahan terbitan, bukan tidak ada yang diterbit dan diedarkan kepada masyarakat tetapi ia tidak ubah seperti buku cenderahati majlis-majlis perasmian. Sarat dan padat dengan gambar dan silauan warna tetapi tidak dibaca bukan saja oleh masyarakat tetapi juga ahli malah barisan pimpinannya.

Wajar sekali ; dalam konteks dan ketika topik kelesuan ini diperkatankan, organisasi sukarela itu melihat suatu pendekatan dakwah secara praktikal dan bersepadu yang mampu bukan sahaja mengangkat semula sesebuah organisasi itu tetapi serentak dengan itu mampu mengangkat martabat masyarakat Islam dalam satu-satu komuniti. Pendekatan tersebut ialah pengembelingan beberapa institusi masyarakat di dalam sesebuah komuniti.

Maksud Pendekatan Penggembelingan

Pengembelingan ialah satu proses yang mempersatukan sesebuah kelompok itu dalam bentuk hasrat serta tindakan bagi mencapai sesuatu maksud yang diingini oleh kelompok tersebut.

Dalam konteks sesebuah organisasi, penggembelingan membawa maksud;

a. Kita menggembeling seluruh organisasi seperti masjid, surau, jawatankuasa penduduk, NGO-NGO Islam dan sebagainya bagi mencapai sesuatu tujuan yang murni yang telah kita tetapkan.

b. Kita menggembeling seluruh sumber tenaga ahli-ahli komuniti setempat untuk mencapai satu-satu maksud atau juga untuk menggembeling seluruh komponen masyarakat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat berhubung dengan gejala sosial maksiat dan mungkarat.

Bagi tujuan perbincangan tersebut seterusnya, tumpuan akan diberikan kepada penggembelingan yang berhubung dengan masyarakat (b).

Sasaran Penggembelingan

a. Masyarakat Umum;

Meliputi seluruh masyarakat tanpa mengira lokasi, kelompok, agama dan bangsa.

b. Masyarakat berasaskan Lokasi;

· Daerah

· Bandar

· Desa

· Kariah

· Kawasan Rancangan

· Bukit

· Persisiran pantai

· Flat perumahan

c. Masyarakat Berasaskan Pekerjaan / Usia;

· Penanam padi

· Nelayan

· Pekebun getah

· Pengusaha tanah rancangan

· Pekerja industri

· Pemandu teksi

· Pekerja ladang

· Pendidik

· Belia

· Remaja

· Pelajar

· Wanita

· Kanak-kanak

· Pekerja binaan

Bidang Penggembelingan

Berikut adalah antara bidang yang boleh melalui proses penggembelingan masyarakat;

· Pendidikan

· Pertanian

· Pemilikan dan Pembangunan Tanah

· Bandar-bandar

· Desa-desa

· Kepimpinan

· Politik

· Pentadbiran

· Alam Sekitar

· Perindustrian

· Pengankutan

· Teknologi maklumat

· Agama

· Kelompok-kelompok masyarakat yang terbabit dengan perkara tersebut

Prasyarat Proses Penggembelingan

Banyak para pendokong organisasi masyarakat yang apabila ditanya kenapa mereka tidak mahu terlibat menangani permasalahan masyarakat khususnya gejala maksiat dan mungkarat; maka mereka akan menjawab bahawa mereka ; “tidak tahu, tak pernah buat, tak ada kepakaran, bukan bidang mereka, tak ada kuasa, tak tahu nak mula dan sebagainya.” Walhal proses ini tidaklah serumit yang mereka bayangkan. Umapamanya ada tiga syarat yang ramai orang menyedarinya tetapi oleh kerana telah tertanam sekian banyak sikap suka mencari alasan untuk tidak berbuat dan sentiasa berfikiran negatif maka syarat-syarat berikut menjadi terlalu sukar untuk mereka penuhi;

a. Organisasi masyarakat mesti melihat keberkaitan di antara apa yang berlaku kepada masyarakat dengan kewujudan organisasi mereka;

· Untuk apa organisasi masyarakat itu diwujudkan seperti masjid, surau, jawatankuasa penduduk dan sebagainya; memenuhi keperluan ahli masyarakat atau kepentingan pemimpin atau untuk siapa?

· Sesebuah organisasi yang mendakwa bahawa mereka memperjuangkan nasib masyarakat tidak layak berbuat sedemikian jika apa yang berlaku di dalam masyarakat hanya ditontoni dan disunggutkan.

· Yang dikatakan keberkaitan itu ialah apabila sesebuah organisasi itu bersama-sama dengan masyarakat di waktu suka-duka, senyum-tangis dan gembira-sedih.

b. Organisasi itu mesti bersedia untuk menilai serta merobah beberapa perspektif dan pendekatan mereka.

· Ini sangat perlu dilakukan kerana dengan segala macam ucapan, ungkapan dan diskusi tidak akan bermakna apa-apa jika perspektif dan tindakan tidak kemana.

· Mesti ada keberanian untuk melihat apa yang telah dilakukan selama ini. Adakah ia masih ditakuk lama lalu ia perlu diubah agar menjadi lebih dinamik dan releven dengan masyarakat.

· Relevan itu sendiri mempunyai erti dan makna yang sangat praktik dan realistik.

c. Organisasi itu mestilah bersedia untuk belajar dan membina jaringan dengan kelompok-kelompok lain terutama dalam komuniti setempat.

· Sudah banyak yang disebut bahawa nama-nama organisasi sukarela tidak boleh lagi berada di dalam kepompongnya sahaja.

· Ini kerana kepompong yang dimaksudkan itu sudah usang dan serba ketinggalan. Ia mesti bersedia untuk melihat di luar sana dan belajar dari sesiapapun baik individu maupun kumpulan.

· Tidak terbatas juga kesediaan untuk belajar dari golongan yang dianggap rendah keupayaan mereka dan sering pula dipinggirkan dari aliran arus perdana.

Pemeringkatan Proses Penggembelingan

a. Memahami, Menganalisa dan Menginsafi Aspek-aspek Yang Berlaku Di Dalam Masyarakat;

· Memahami senario umum dan sebenar-benarnya sesuatu perkara yang terjadi di dalam masyarakat:

1. Latarbelakang perkara

2. Pihak-pihak yang terlibat dalam perkara berikut

3. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkara-perkara tersebut

4. Kesannya secara umum akibat dari perkara tersebut

· Melihat perkara tersebut secara lebih terperinci;

1. Melihat kes-kes khusus berkaitan perkara tersebut

2. Pihak yang paling teruk terjejas akibat dari perkara tersebut

3. Menghubungkaitkan perkara tersebut dengan perkara-perkara lain

4. Turun ke lapangan bagi mendapatkan gambaran sebenar menerusi kes-kes yang berlaku, mereka yang terbabit dan kesan yang diterima. Perbincangan lebih khusus mesti diadakan

· Mengenali, memahami dan menyerap masuk ke dalam masyarakat.

1. Apakah kecenderungan masyarakat itu.

2. Latar belakang masyarakat; budaya, sosio ekonomi, politik, aliran pemikiran.

3. Mengenal pasti titik permulaan (entry point) dalam mendekati masyarakat.

4. Menghubugkaitkan semuaa gerakerja penggembelingan dengan setiap komponen masyarakat.

5. Membina kumpulan teras yang akan menjadi rakan bersama dalam keseluruhan proses penggembelingan yang akan dijalankan.

b. Menyelami, menganalisa dan menginsafi langsung tidak mencukupi. Suatu gerakerja yang praktis dan dinamik harus berlaku;

· Membuat pertanyaan dan persoalan kepada pihak-pihak yang terbabit dengan perkara tersebut.

· Mengadakan siri Cambah Fikir atau diskusi berhubung perkara berikut. Penyertaan hendaklah melibatkan;

1. Pakar-pakar dalam perkara tersebut.

2. Pihak pentadbiran yang berkait dengan perkara tersebut.

· Mengatakan pendirian secara rasmi dengan mendokumenkan terhadap perkara tersebut. Penyertaan pendirian ini mestilah disampaikan kepada:

1. Pihak berkuasa.

2. Golongan-golongan yang berpengaruh di dalam masyaraakat.

3. Pihak yang terjejas akibat dari perkara tersebut.

4. Masyarakat umum.

· Penyataan pendirian tersebut boleh disalurkan menerusi:

1. Media massa.

2. Terbitan dan edaran.

3. Pertemuan-pertemuan bersiri dengan pelbagai lapisan masyarakat.

4. Dialog terbuka.

· Proses membina jaringan dengan lain-lain organisasi / pertubuhan mesti dilakukan bagi memastikan pendirian tersebut turut dikongsi oleh pihak-pihak lain.

1. Pertubuhan sukarela.

2. Individu berpengaruh.

3. Institusi masyarakat.

c. Menghasilkan Impak Hasil Dari (a) dan (b)

Semua gerakerja penggembelingan mestilah menghasilkan impak bagi memastikan masalah yang menyelubungi masyarakat dapat diatasi;

· Impak yang mesti berlaku ialah yang disebut Impak Struktural dan Impak Horizontal.

· Memastikan bahawa tuntutan dinyatakan dalan pendirian itu dilaksanakan.

· Mengenakan tekanan bagi memastikan perubahan yang dikehendaki.

· Tekanan mesti dibuat seiring dengan golongan-golongan yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dengan perkara tersebut.

· Proses mendidik ketahanan, kesedaran dan upaya bertindak mesti terus diberikan kepada golongan yang terbabit dengan perkara-perkara tersebut.

Melahirkan Tenaga Penggerak, Memperluaskan Keahlian Serta Sokongan

Proses penggembelingan adalah proses interaksi yang aktif di antara organisasi dan masyarakat. Kesempatan ini tidak harus dilepaskan oleh organisasi untuk memenagi hati masyarakat secara praktis;

· Mengenal pasti kelompok atau individu yang menunjukkan minat dan pontensi.

· Memperkenalkan organisasi secara terbuka kepada masyarakat.

· Mengemukakan program-program lain kepada masyarakat.

· Aktivis / Tenaga Penggerak yang lahir dari proses ini mestilah diberi perhatian untuk dibina dan dikembangkan potensi mereka.

Membina Sebuah Sekretariat Organisasi Yang Dinamik dan Mantap

Dalam menggerakkan proses penggembelingan sebuah sekretariat yang dinamik dan hidup sangat perlu diwujudkan;

· Sekretariat itu mestilah membuat penyeliaan terhadap apa jua perkembangan di dalam sesebuah masyarakat.

· Penyeliaan ini boleh dilakukan menerusi;

1. Media cetak / elektronik.

2. Tinjauan ke lapangan.

3. Aktivis.

4. Dokumen laporan-laporan oleh kerajaan dan swasta.

5. Hasil penyelidikan Institusi Pengajian Tinggi.

· Sekretariat itu hendaklah mempu membina sistem pengurusan fail, penyeliaan, pengedaran maklumat dan komunikasi pelbagai hala dengan semua pihak.

· Sekretariat ini mestilah menjadi pusat yang disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat dan ia sentiasa dikunjungi pelbagai tujuan.

Menghasilkan Bahan-bahan Terbitan

Kesemua pengalaman dari proses penggembelingan mestilah didokumentasikan serta diterbitkan. Biar apapun hasil dari proses tersebut, ia sangat relevan untuk didokumentasikan;

· Bahan-bahan tersebut akan disebarkan supaya masyarakat umumnya mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku.

· Juga untuk generasi masa depan mereka tidak menyalahkan generasi terdahulu kerana tidak berbuat apa-apa.

· Sebagai bahan pendidikan dan digunakan sebagai teks rujukan proses pembangunan fizikal dan spritual yang berlaku di dalam masyarakat.

· Ia boleh dibuat dalam bentuk buku dan risalah yang boleh dimiliki oleh sesiapa saja.

KERANGKA KERJA, TINDAKAN PERUBAHAN MASYARAKAT DAN AKTIVIS

1. Bentuk Kumpulan Masyarakat

i. Bantahan peribadi

ii. Kumpulan atau Jawatankuasa Bertindak

iii. Gabungan Bertindak

iv. Pertubuhan Masyarakat

v. Badan bukan kerajaan

vi. Parti

2. Mengetahui Sumber Isu

i. Aduan

ii. Pemantauan Akhbar

iii. Pemantauan Lapangan/Umum

iv. Pengalaman setempat

3. Menganalisa Dan Membuat Perancangan

i. Pemetaan komuniti

ii. Analisa punca dan kesan / Impak

iii. Analisa struktur masyarakat dan perundangan

iv. Kajian mangsa dan pemangsa

v. Strategi bertindak dan orang sumber

vi. Upaya dalaman; sumber manusia; kewangan

vii. Jaringan, kumpulan penyokong dan pembangkang

viii. Pengagihan tugas dan susulan

4. Membuat Kajian Lanjut

i. Pemfailan keratan akhbar

ii. Maklumat bertulis: laporan, statistik

iii. Bahan bercetak: buku, majalah, jurnal

iv. Kertas kerja dan dokumen kerajaan

v. Surat mohon maklumat

vi. Pemantauan dan penyiasatan

vii. Gambar

viii. Laporan polis

ix. Seminar dan bengkel ilmiah

x. Temuranah, kaji selidik, dan ‘Undian’

xi. Carian syarikat, persatuan dan tanah

xii. Sampel @ bahan contoh

xiii. Internet

xiv. Kajian sainstifik

xv. Kertas fakta dan dossier

5. Menggunakan Media Bertindak Utama

i. Aduan surat

ii. Aduan kaunter

iii. Aduan telefon

iv. Surat Makluman

v. Surat bantahan

vi. Surat aduan / gesaan

vii. Surat rayuan

viii. Perundingan / konsultasi

ix. Memorandum – AJK / Individu

x. Bantahan awam

xi. Kempen tandatangan

xii. Dialog atau pertemuan dengan Menteri, Ketua Pangarah dan lain-lain

xiii. Laporan

xiv. Ceramah, syarahan awam

xv. Debat, forum bantahan awam

xvi. Demonstrasi

xvii. Sepanduk

xviii. Risalah edaran – Phamplet

xix. Perundingan

xx. Mahkamah

xxi. Media

xxii. Pendedahan media @ awam

xxiii. Lobi

xxiv. Piket

xxv. Boikot

xxvi. Sekatan jalan

xxvii. Penulisan artikel, cerita

xxviii. Penulisan sajak, pantun

xxix. Lakonlayar – teater, filem

xxx. Solat hajat dan doa

xxxi. Gangguan, gesaan bertindak – jumpa atau telefon, sms

xxxii. Perarakan

xxxiii. Tunjuk perasaan

xxxiv. Mogok, mogok lapar

xxxv. Maskot atau simbol protes

xxxvi. Tarik diri

xxxvii. Pemulangan anugerah

xxxviii. Engkar terlibat

xxxix. Poskad atau surat protes

xl. Bom Fax, Bom email

xli. Pemilihan, undian @ pilihanraya

xlii. Model alternatif

xliii. Soalan DUN dan Parlimen

xliv. Lagu protes

6. Menggunakan Media Massa

i. Akhbar – bersifat tempatan dan kebangsaan. Pelbagai bahasa. Berorientasi politik dll.

ii. Televisyen

iii. Internet – Website, Blog, Laman Sosial, Email, Web TV

iv. Radio

v. Majalah

vi. Buku

Mekanisma menggunakan media massa;

i. Kenyataan akhbar

ii. Sidang akhbar

iii. Surat pembaca

iv. Siasatan dan pendedahan

v. Kenyataan lisan

vi. Liputan

vii. Dokumentari

7. Perundangan dan Mahkamah

Jenis Perundangan Berkaitan Gejala Sosial

i. Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri-negeri

ii. Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

iii. Pelesenan Pejabat Daerah

iv. Lain-laian Undang-undang jabatan berkaitan

Mekanisma Perundangan

i. Ambil maklumbalas awam

ii. Buat surat dan aduan kepada jabatan berkaitan

iii. Laporan polis, SPRM, Penguatkuasa

iv. Fail kes ke Mahkamah

8. Komunikasi Awam

Simbolik

i. Slogan, Karikatur dan Simbol

ii. Banner, Poster, Model dan Arca

iii. Pamplet dan risalah

iv. Buku dan majalah

v. Kaset, Dokumentari dan video

vi. T-shirt, Pelekat (stiker)

Abstrak

i. Deklarasi

ii. Bendera

iii. Simbol dan tanda

iv. Lukisan

9. Pengurusan dan Dokumentasi

i. Struktur organisasi

ii. Pemfailan, bahan bercetak

· Fail isu, surat, laporan

· Fail Program

· Fail penggerak dan aktivis

· Pemfailan maklumat komputer

iii. Dokumentasi; laporan, gambar, bahan bercetak

iv. Mesyuarat dan minit mesyuarat

v. Pelaporan

vi. Pengurusan kewangan

vii. Pengurusan aset dan peralatan

viii. Perhubungan (komunikasi)

ix. Penilaian

x. Perkongsian dan penukaran maklumat/pengaman dengan badan lain

10. Pendidikan

i. Ceramah, Taklimat

ii. Seminar dan bengkel

iii. Pameran

iv. Dialog dan debat

v. Latihan dan kem

vi. Kelas, Kuliah, Kursus

vii. Risalah, Phamplet dan Bahan edaran

viii. Penerbitan, Buku dan Majalah

ix. Pameran

x. Model

xi. Website, email dan e-berita

11. Pembangunan perkumpulan masyarakat

i. Kesepakatan, kefahamam, dan kebersamaan

ii. Kepimpinan dan perancangan

iii. Pengurusan dam mesyuarat

iv. Minit, Pelaporan, Pemfailan dan dokumentasi

v. Pemujukan dan kesedaran masyarakat

vi. Jaringan dan sokongan

vii. Sumber maklumat dan rujukan

viii. Pengagihan tugas

ix. Pengurusan konflik

x. Perkongsian masyarakat – model dan kisah kejayaan dan kegagalan

12. Tawakkal kepada Allah.

Setelah kerja-kerja dirancang dan dilaksanakan, maka hanya Allah S.W.T yang akan menentukan kejayaan kita dan kita hanya mampu berserah dan bertawakkal kepada Allah S.W.T sahaja.

Disediakan oleh:

Ustaz Kamaruddin bin Kassim

Koodinator Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)

& Pembimbing Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isus

Sosial (LANDAS)

Web blog : http://www.urusetialandas.blogspot.com

Email : urusetialandas@yahoo.com / kama54us@yahoo.com