skip to main | skip to sidebar
Persatuan Ulama Kedah
::DEMI MASA::
::TAKWIM HIJRAH::
:: MEMPERLUKAN SUMBANGAN ::


::BICARA PUK::

ShoutMix chat widget

Sabtu, 26 Jun 2010

WISMA PERSATUAN ULAMA KEDAH (PUK)









Oleh PUK webmaster
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Misi dan Visi PUK


Memahami bahawa tugas Ulama’ sebagai Warasatul Anbia' (ورثة الأنبياء) amat berat terutama dalam keadaan cabaran semakin bertambah. Ulama’ perlu bersedia dan melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan siasah kepimpinan yang diperlukan, disamping banyak memahami dan menganalisa permasalahan umat semasa. Ulama’ perlu bijaksana dalam merancang, menjana program tindakan untuk dilaksanakan. Tidak beraksi di dunia fantasi semata dan hanya berda’wah di zon selesa. Para Ulama’ juga perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berintraksi di dunia realiti mendekati mad’u yang tersasar.

Menginsafi bahawa umat sedang menghadapi berbagai masalah dan cabaran sama ada berbentuk lokal atau global. Sikap ulama dan umat haruslah terus positif bahawa tiada masalah yang tidak dapat ditangani dan diatasi asalkan semangat berjihad dan berkorban untuk Islam disuburkan. Sikap pertama yang harus dipupuk ialah melihat masalah itu sebagai peluang dan cabaran, bukan penghalang.

Mengingati bahawa golongan Ulama’ secara kolektifnya, masih mempunyai kelemahan dan kekangan yang perlu diatasi segera, kelemahan tersebut termasuk kekurangan menterjemahkan potensi dan meningkatkan kemahiran berorganisasi, keengganan berjuang dalam wadah Ulama’ kerana kepentingan yang sementara. Akibatnya berlaku pengabaian usaha membasmi kejahilan umat. Ulama’ berpecah, umat sengsara dan parah.

Mewaspadai taktik dan strategi golongan yang memusuhi Islam, merancang melalui pelbagai cara sama ada secara terang atau tersembunyi, berposisi lokal, nasional, serantau atau global. Maka, para Ulama’ perlu bangkit, bertindak, menyatukan saf, menguatkan perpaduan dan integriti serta berusaha secara jama’i menghadapi tentangan musuh dengan strategi yang lebih berkesan.


::ARKIB BLOG::
  • April (1)
  • Julai (3)
  • Jun (6)
  • Mei (2)
  • April (1)
  • Januari (1)
  • Disember (2)
  • November (1)
  • Oktober (4)
  • September (3)
::PAUTAN::
  • AMAN PATTANI
  • UNGGAS LANDAS
  • PUM
  • PUK Sg Petani
  • Persatuan Ulama Pulau Pinang
  • Teras Pengupayaan Melayu
  • Persatuan Ulama Kelantan
  • SHURA
::FATWA MUFTI::

+ MuFti PeraK
+ MuFti meLaka
+ MuFti PenaNg
+ MuFti PeRLis
+ MuFti SelangoR
+ MuFti PahanG



::KEHADIRAN TETAMU::